Akankah India Berdominasi WWE Di Tahun 2018

ArmaniQQ'
ArmaniQQ'

Akankah India Berdominasi WWE Di Tahun 2018

India bakal dominasi WEF 2018?

India dijangka mencuri perhatian ramai peserta Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland tahun ini selepas Perdana Menteri India Narendra Modi dijadual menyampaikan ucapan pembukaan pada acara tahunan terbesar untuk pemimpin ekonomi dan perniagaan itu.

India kini berada dalam trajektori pertumbuhan yang tepat dan dijangka mampu mengekalkan kadar pertumbuhannya ketika China diramal merekodkan pertumbuhan yang lebih perlahan kepada 2.8 peratus pada 2030, berbanding 6.7 peratus pada 2016.Malah pertumbuhan pantas ekonomi India sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan peransang yang memacu pertumbuhan rantau Asia Selatan secara keseluruhan. Ia juga dijangka mengatasi Jepun sebagai ekonomi ketiga utama dunia pada 2028.

“India kini berada dalam kedudukan transisi dan akan menjadi kuasa besar satu hari nanti,’ jelas Pengasas dan Pengerusi Eksekutik WEF Profesor Klaus Schwab.

Dalam ucapan terbabit, Modi dijangka menggariskan hala tuju ekonomi negaranya dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada ekonomi dunia.

Perkara sama dilakukan Presiden China XI Jinping semasa menyampaikan ucaptama semasa pembukaan WEF tahun lepas.

Jingping mengunakan pentas utama WEF untuk mempromosikan perdagangan global dan peranan China melalui Inisiatif Satu Jaringan Satu Laluan (OBOR).

Ketidakhadiran Presiden Amerika Syarikat pada WEF tahun lepas turut membuatkan China lebih terserlah sepanjang perhimpunan berkenaan.

Begitupun, tahun ini Presiden Donald Trump dijadual hadir dan bakal memyampaikan ucapan penutup, langkah yang mungkin akan mengembalikan keseimbangan pengaruh ke barat, seperti tahun-tahun penganjuran WEF sebelum ini.

Secara keseluruhan, 340 pemimpin politik dan 1,900 wakil perniagaan dijangka hadir tahun ini.

Ia juga menyaksikan peningkatan 21 peratus wakil wanita berbanding tahun lepas.

ujiseo © 2017 Frontier Theme